Medasuri ialah jenama wangian tempatan Malaysia yang memberi tumpuan kepada penghasilan minyak wangi berkualiti tinggi yang sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia. Ditubuhkan dengan matlamat menghasilkan haruman yang ringan tetapi tahan lama, setiap produk Medasuri dirumus untuk kegunaan harian tanpa menjadi terlalu kuat atau memeningkan.
Haruman Medasuri, dibangunkan khusus untuk prestasi yang konsisten pada kulit dan pakaian dalam iklim tropika. Setiap kelompok pengeluaran dibuat dalam kuantiti terhad bagi memastikan kualiti, kestabilan bau, dan ketahanan yang seimbang. Saya menggunakan bahan wangian terpilih bagi menghasilkan aroma yang bersih, elegan, dan selesa dipakai sepanjang hari.
Saya percaya minyak wangi sepatutnya mudah dipakai setiap hari tanpa perlu risau bau berubah, terlalu tajam, atau cepat hilang. Oleh itu, setiap formulasi diuji dalam keadaan sebenar di Malaysia untuk memastikan prestasi yang boleh diharapkan.
Saya menekankan kualiti berbanding pengeluaran besar-besaran. Stok dihasilkan secara berkala dalam jumlah terhad supaya setiap botol memenuhi piawaian kami sebelum sampai ke tangan pelanggan.
Haziq